Khamis, November 4

janda

Tersebut kisah sorang janda yang dah 2 kali bersuami. bercerai dengan
suami yang pertama sebab suaminya tu yang suka memukul dan mendera. sementara

suami ke-2 pulak walau pada mulanya bahagia tapi akhirnya suami tu
menceraikan dia dan kahwin dengan pompuan lain. jadi selepas beberapa tahun,
janda
ni yang masih cantik mengambil keputusan untuk berkahwin buat kali yang
ketiga. dia lantas
mengiklankan diri untuk mencari jodoh ketiganya. si janda tu meletakkan 3
syarat:

1. lelaki tu mesti berjanji tak akan memukul atau mendera
2. lelaki tu tak akan lari meninggalkan dia
3. hebat di ranjang


so, selang beberapa hari, dtg sorang mengetuk pintu dengan kuat. lalu si
janda tu pun bukak pintu.
alangkah terkejutnya dia bila yang datang tu tak berkaki dan bertangan.
"saya datang untuk cuba nasib jadi suami awak" kata si lelaki kudung tu.

Lalu si janda tu meminta si lelaki tu untuk menjelaskan kalau dia dapat
memenuhi 3 syarat seperti dalam iklan.

Lalu laki tu berhujah: "syarat yg pertama, dah tentu saya dapat penuhi
disebabkan saya tidak ada tangan untuk memukul awak"


"Syarat yang kedua, mana mungkin saya akan tinggalkan awak disebabkan saya
tidak ada kaki untuk berlari"

"Jadi syarat yang ketiga tu bagaimana nak buktikan " celah si janda tu.


"Eeerrrrr, cuba awak fikir. tadi saya ketuk pintu dengan apa" ujar lelaki
kudung tu dengan bangga.


Fikir2 lah sendiri ekkkk!!!!!!! !!!!!!!!!




sumber dari sembang kosong blogspot

Sabtu, Oktober 23

para playboy mana tau anda jumpa awek begini hehehe

..... errr anda playgirl sekiranya [buat awek2 d luar sana].......


Menyimpan Kisah One Night Stand
Tidak hanya satu, tapi lebih. One night stand tidak bererti berakhir dengan s3x belaka. Sedikit hubungan fizikal sudah menjawab seberapa kedekatan Kamu dengan jantan yang Kamu kagumi, tapi bukan untuk jangka panjang.

Status Facebook Sering Berubah 
Mulai dari “bujang”, “berhubungan”, lalu pindah menjadi “sulit”. Ini menandakan Kamu seperti mencari jantan untuk happy2 saja. Sekalipun Kamu mencuba mencari yang terbaik, tapi dimata jantan, Kamu seorang playgirl.

Berhubungan Dengan Dua Jantan Dalam Satu Grup 
Misalnya Kamu pernah berhubungan dengan jantan dalam satu pasukan bola, lalu di waktu lain Kamu berhubungan dengan rakan satu pasukannya. Secara tidak sedar hampir setengah jumlah pasukan tersebut pernah dekat dengan Kamu. Benar-benar pecinta lelaki.

Mudah Memberi Nombor Telepon 
Kamu sudah punya kekasih tapi dengan mudah kamu memberi nombor Kamu. Hati-hati, karena ini tandanya Kamu masih memberi celah untuk menarik perhatian jantan lain, atau curang.

Mudah Meninggalkan 
Senang mempermainkan perasaan seseorang bisa menjadi ukuran. Bayangkan saat hubungan sedang hangat, tiba-tiba Kamu pergi tanpa khabar hanya untuk menegaskan “Siapa bos-nya”. Jika Kamu sudah sampai tahap ini, Kamu betul-betul playgirl sejati.

Tidak Pernah Cukup 
Jantan berusaha keras untuk mendekati Kamu, dan itu tidak cukup bagi kamu. Kalau Kamu tidak puas hati, Kamu pergi meninggalkannya begitu sahaja.


Wow..... ada la jugak aku jumpa 2-3 org awek yg begini..... hehehe 

Rabu, September 22

satu hari d pasaraya

awek: encik dalam pasaraya ni d larang merokok ya........
lelaki: tapi aku beli rokok ni d pasaraya ni !!
awek: kami juga ada jual kondom..... biarpun encik beli d sini tak semestinya encik boleh pakai d sini.......
lelaki: @#$%^&*()_ [pergi dari situ]

sambil tengok kiri kanan

aku: adik bilik persalinan ada tak?
awek: ada !! tapi abang nak cuba apa??
aku: ini [sambil hulur kotak kecil ada lambang bulatan dan anakpanah] hehehehehe

Moral: jangan merokok !!!! rokok membahayakan kesihatan......

Selasa, Ogos 24

kita masih boleh bersahabat?

mata gadis itu agak bengkak.... mungkin semalaman menagis...... dan gadis itu memberi surat itu ku kira takpayah nak bagi2 surat sebab dah berdepan2 tak kan nak main surat2 lagi.... dan ayat2 yg masih aku ingat ialah........... "kita masih boleh bersahabat?"

selepas beberapa tahun aku tak pernah menjawab soalan itu dan aku memang tak mau jawab soalan itu masa itu.... atas alasan aku tak mahu gadis itu tambah menagis..... entah lah aku sengaja membuat dia menagis atau tak tapi aku rasa mana2 perempuan pada zaman itu kalau d bagi lastik pasti akan melastik tepat kat dahi aku ni kerna dah buat gadis cantik ini menagis..... dan aku pun masa tu dah agak2 pusing.... bagaimana ini semua bisa terjadi.... tapi dunia telah mengubah perjalananku.... org sekeliling gadis itu semuanya memandang sinis dan serong ke aku.... aku tahu.... dari awal2 lagi dan soalan yg pertama kali aku dapat masa aku bertemu dengan keluaranya adalah batu ukuran tinggi rendahnya martabat aku ni di mata diorang.......

sekolah sampai mana? kerja apa? gaji berapa? ada tanah? uhhh.... beb..... aku bukan genius nak belajar sampai master... spm pun aku payah2 nak lepas [nasib baik ada mamat sebelah meja bagi aku tiru] apalagi nak sampai menara gading macam gadis tu..... kerja?? makcik.... kerja opisboy apalah sangat..... harap baju saja stereka licin... apalah sangat nak d bandingkan dengan sijil Universiti tu kan..... gaji pulak takat 600 ala mana nak cukup bagi makan anak gadis org........bab tanah aku no komen........ itu semua aku boleh tahan...... semua pandangan sinis tu aku boleh tahan..... tapi yg aku tak tahan tak kan lah macam mana aku nak buat rambut aku; pun nak kena urus oleh org lain.... rambut aku pun kena komen..... beb..... baik aku blah..... dengar saja diorang nak majlis kawin anak gadis diorang ni kat hotel aku dah naik rimas..... bukan tak nak teruskan..... Rembo yg tak pernah kalah perang tu pun pandai gostan bila tengok bekalan peluru tak cukup nak harap pisau gerenti mampus.... dan masa tu duit yg aku kumpul aku belasah beli kereta.... hah padan muka aku..... dari aku bayar hotel belas2 ribu baik aku beli kereta yg tak seberapa ni.... keta buatan mesia..... kurang2 bantu kerajaan yg dah semput nie.....

buat gadis tu..... maaf kan aku...... kalau kita teruskan tak mungkin kita bahagia dan kini ku dengar kau pun dah bahagia dengan sorang pegawai berpangkat besar.... Tahniah!!! dari ku....... ya aku memang dah KE LAUT!!! kau tahu erti ayat ini......

aku lebih suka begini......dan untuk soalan mu itu..... "ya aku tetap anggap kau sahabat .....tapi kita tak payah bertegur sapa cukup dengan senyuman saja.... kerana aku takut ada hati yg terluka.... aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan mu dan tak payah ke arena ku lagi tak payah tayang lelaki bergelar pegawai tu.... tak payah bagi tau yg kau bangga.... aku tetap tau itu"

p/s : buat beberapa tahun aku suka stail rambut ku begini.... tak payah ubah apa2 hehe............

Rabu, Ogos 18

dulu, kini dan nanti

DULU

anak : emak tolong pinangkan c melur tu..... teruna berkenan sangat dengan melor tu mak....
emak : emmm baiklah nak esok emak kumpul keluarga semua lusa kita naik meminang.... hah bapak nya dengar tu....
bapa : baiklah mak nya kita usahakan lah hajat c teruna tu.....

[pendek cerita selepas berbagai proses merisik dan meminang]

emak : teruna ha sekarang ingat rajin2 lah usahakan kebun tu 500 serba satu hantaran kau tu nak banyak tu.....
anak : baik la mak.....

KINI


azman : makcik... saya nak bawak zana tengok wayang ya makcik.....
makcik : emm kamu tu bila nak bertunang? asyik keluar malam aja.... tak baik tau jiran2 nampak...
azman : baiklah makcik....

[pendek cerita selepas berbagai proses merisik dan meminang]

makcik : ha man bila engkau nak hantar duit hantaran tu 8,000 serba dua bukan nya mahal...
azman : loan belum aprove makcik.... errr makcik boleh jadi penjamin tak bank rakyat....
makcik : [ki ayam punya menantu]

NANTI


man rok : ala mumy ni leceh la pinang2 kawin2 kitorang kawan2 je la
emak : ye la suka engkau la janji ko senang hati [senyum]
man rok : thanks mumy.... minta duit 5,000 mau isi minyak keta...
emak : aik mingu lepas dah bagi 15,000 tak cukup.... nah ambik ni

[pendek cerita selepas berbagai proses tanpa merisik dan meminang]

emak : [menangis] man tu la engkau mumy suruh kawin ko tak nak
man rok : ah mumy bukan tak tau sekarang hantaran saja 1.5 juta serba empat leceh la mak
emak : jadi anak engkau tu letak kat mana???

[tok tok tok.... pintu d ketuk]

"kami polis!! azman awak kami tahan reman untuk siasatan kes buang bayi kat longkang sekolah"


moral : hehehe.... kawin la sekarang biarpun kena cari penjamin......