Rabu, Ogos 4

club... karoke... dan jururawat

"kompeni dah tutup.... mana nak cari makan....." begitulah luahan maman tadi pagi..... "suka atau tidak aku kena usaha" tambahnya.....
aku suka melihat kawan2 sekerja aku yg terus bersemangat walaupun syarikat dah lingkup.... entah kemana larinya tokeh kompeni ni.... kalau bini yg lari aku tau mana nak cari... boleh cari kat rumah org tuanya... kalau aku yg lari bini aku cari kat rumah geng2 aku... tapi ini tokeh yg baru sekali aku jumpa.... seorang Dato' kaya raya... yg masa puasa sibuk2 bagi anak yatim makan
"kita kena uwar2kan d kalangan masyarakat.... kita ada... kita ada... kita kena beritahu rakyat kita mampu memberikan perkhidmatan" katanya.... dari satu segi aku tau bagi makan anak yatim tu baik namun agak keterlaluan sekiranya menghebohkan pada masyarakat... "kita mampu memberikan" sedangkan dari satu sudut yg lain berkata "kita tak mampu bagi gaji staff".......
aku agak simpati dengan kawang2 sekerja yg lain....

"tak pa man aku belanja" aku mengeluarkan dompet hadiah bini ku sambil memangil pelayan.....

memang menjadi amalan ku belanja sesiapa saja dalam sehari.... kerana kadang2 balasannya pasti kita terima.. tak besok tak lusa mungkin tahun depan siapa yg tahu... Allah ada janjinya beri 1 dapat 10....... dan tabiat membelanja ini la yg menyelamatkan aku pada suatu hari.....

citiclub.... sebuah club hiburan masa tu.... 7-8 tahun yg lepas
sedang asyik aku memegang tangan Zu mengajarnya main pool....walaupun aku buta tuli permainan ni hanya berbekalkan pengalaman menonton d tv... sedang asyik aku mencium wangian bodyshop hadiahku pada Zu... sedang leka bermain, tiba2 aku rasa d perhatikan.... seorang gadis manis berambut panjang berkaca mata..... lintas d hadapan mata ku..... senyumannya mengandung erti.....

4-5 minit ku membongkar kotak2 hitam dalam hard drive otak ku ni tapi tak jumpa.... sampai hang engine search mencari di manakan susuk tubuh bak pramugari ini tersimpan... d manakah aku pernah bersua senyuman yg boleh buat aku demam kalau tak dapat nombor henponnya ni....
sambil berduet lagu brorey dengan dewi yul otak aku masih mencangkul d mana2 mana tau ada sedikit memori barang 1kb yg tersimpan tapi tetap gagal.....

selesai menyayi... dengan hikmat yg tok guru bagi aku pun follow dia beberapa ketika kira2 dia selesai bemekup d tandas tu.....

"hai".... sapaku sambil belakon pura2 baru selesai keluar dari tandas [trek lama ni...]

"oh hai" dia membalas dan ketika itu aku rasa seperti graviti alam ini hilang oleh senyuman gadis ini... makhluk yg sememangnya d ciptakan tuhan begitu indah dan cantik.... makhluk yg boleh memporak perandakan dunia.... tak hairanlah Hitler boleh kalah perang gara2 makhluk ini... makhluk yg d panggil wanita.....

"apa kau buat sini" aku berbahasa.... sambil mengeluarkan pheromones d tahap tertinggi.... [konon la]

"tiada lah saja ja... enjoi... eh julia mana?" kata2nya itu membuatkan ku rasa alam seperti terbalik... graviti yg tadi ku rasa kan tiada kini berganda beratus2 kali ganda.....

macam mana aku tak boleh cam dia... dia teman sekolej julia.... jururawat pelatih yg tengah angau kan aku dan aku pun angau kan julia kami sama2 angau..... cuma angauku agak kurang kalau aku d samping Zu, d samping Liza.... ha kini aku pula agak hampir2 angau dengan gadis ini....

macam mana aku tak boleh cam dia nie....

baru aku teringat aku belanja diorang ni d pasar malam... malam tu dia tak cantik, tak lawa... tak mengancam.....

"mana hilang tudung mu" ayat pertama ku tanya..... ya.. dulu pertama kali aku jumpa dia nie bertudung... dan agak pemalu.... sememangnya patut aku tak cam dia, tambah lagi apabila aku d samping perempuan yg aku sayang aku tak mungkin melihat ke lain... aku pantang membuat mereka kecewa dan sakit hati apabila melihat ke arah perempuan lain.... kerana sememangnya aku setia......

perbualan kami terputus abila aku sedari Zu sudah mula mencari2 ku......

..... malam itu aku belanja diorang minum cola..... geng2 jururawat......
dan malam itu aku pulang dengan kekeliruan andai kemesraan ku dengan Zu sampai kepengetahuan julia.....

2 malam aku tak call julia.... hanya Zu yg menemani ku 2 malam tu.. memang aku rimas tanpa teman... teman yg mesra..... aku masih menunggu pangilan julia walau sudah bepuluh miss callnya d henponku yg bermood silent sama seperti mood ku masa tu....... aku yakin pasti berita itu sudah sampai ke telinga julia.... pasti.....

tepat hari ke tiga aku beranikan diri menekan butang hijau d henpon ku... betapa aku rindu suara itu... julia bertanyakan itu ini tapi tak satupun dia bertanya perkara malam itu.... dan dia mengajak berjumpa rindu katanya.............


(bersambung)







Tiada ulasan:

Catat Ulasan